Thursday 7 November 2019

Saturday 6 June 2015

NORTHERN THAILAND FAMILY BACKPACKING TRIP

Dah lama sebenarnya aku teringin nak backpacking bawa family.
Tapi, macam-macam kekangan datang dan pergi, almaklumlah, dah kerja, ada family, jadi berangan jelah dulu hehe..
Dulu 2005, zaman belajar aku pernah backpacking dengan wife (masa tu kawan lagi) dan seorang lagi kawan ke Phuket. Memang best, mengembara ke tempat asing dengan kaedah sendirian berhad. Thrill dia sampai sekarang aku teringat-ingat.




Akhirnya, Februari hari tu, aku tengok tiket AA cantik, saja usik wife aku, tetiba dia kata "on".
Terus aku sambar tiket untuk journey seminggu 9 Jun-15 Jun, takde la murah sangat sebab musim cuti sekolah. Tapi disebabkan tak nak miss tadika Irfan dan Irsyad, terpaksa lah pergi masa cuti sekolah...kira harga yang aku dapat munasabah lah pada musim cuti.
*KL-BANGKOK RM129
*CHIANG MAI-KLIA RM199

Lepas pengalaman ke Seoul, Korea Selatan pada 2013, aku memang yakin, kalau ada sorang lagi orang besar yg boleh tolong mata-mata kan budak2, mesti lagi seronok sebab tekanan aku dan wife kurang sikit.
Note: Hanya parents anak kecil sahaja tau betapa stressnya ragam budak2 masa travel. Tapi jauh di sebalik stress itu adalah keseronokan jangka panjang yang boleh diingati sampai berpuluh-puluh tahun- kalau dapat handle stress dengan baik lah hehe...
Jadi, aku pun ajak adik aku, Hawa yang Form 5 di Kedah. Memang dah lama nak ajak dia backpacking tp takde kesempatan. Plan kami nk ke Krabi pun dah bertahun berlalu, akhirnya ke laut.
Nak buat macam mana, abang dia busy, ada anak tiga kecil lagi, memang susah lah nak selit masa yang sesuai.
Jadi, kali ni kira perfect lah timing dia. Kena pula second week of cuti sekolah, jadi takde kelas tambahan untuk SPM.


Dipendekkan ceita, lepas beli tiket tu, bermula lah survey dan research aku pasal macam-macam perkara berkaitan trip ini, hingga termuktamadlah itenary (awal) beberapa hari lagi nak bergerak.
 


Semua perancangan itu pula, kami tekankan dengan falsafah, it's the journey, not the destination, that really matters.

Jadi, kami sangat ambil berat supaya trip ni relax dan enjoy. Tak terlalu banyak tempat nak kejar dan cover. Sebab budak-budak akan meragam kalau letih. Kalau dapat sehari satu pun dah ok, asalkan semua orang happy. Masing-masing ada cara sendiri, ini cara kami.


BANGKOK
Kami pilih untuk stay di Khaosan Road, dapat RM327 untuk dua malam, bagi bilik (yang dalam gambar cukup besar le untuk sumbat family).
Booking dibuat melalui Agoda yang menjadi pilihan setiap masa aku dan wife selama ni.Harapnya takde masalah le nanti hehe (post ni ditulis sebelum pergi)
Sebenarnya, melambak hotel yang lebih cantik dan murah di Bangkok, tapi aku dan wife memang pilih nak stay di area Khaosan Road yang dianggap sebagai  backpackers' capital of the universe (sesetengah backpackers la kata camtu) sebab kawasan ni memang jadi tumpuan backpackers.
Saja nak merasai kemeriahan kawasan ni. Kami selalu terkena hotel yang kononnya di tempat tumpuan, sekali dah sampai tersorok ke belakang nunnnn jauh di sana. Masa ke Sydney dulu terkena jugak, booking di area Chinatown, sekali memang area Chinatown, tapi hujung2 dah....sampai staf hotel pun tergelak bila aku tanya Chinatown kat mana..hampeh


TRAIN BANGKOK-CHIANG MAI (Sleeper coach)
Ni agak tricky, sebabnya harga lebih murah kalau beli sendiri di Stesen Hua Lampong Bangkok. Tapi antara isunya adalah:
1. Tiket berpotensi untuk habis atau seat yang kita nak takde. Kalau solo ok, ini family.
2. Dengarnya banyak scam termasuk babitkan staf jual tiket untuk tolak kita ke ejen untuk diorang dapat komisen. Akhirnya, kita bayar lagi mahal.
3. Untuk lari dari family ke stesen untuk beli tiket, bagi aku agak makan masa dan tidak semestinya menjanjikan hasil yang diidamkan. (kalau nak beli satu tiket takde hal, tapi banyak orang so faham2 ler).

Jadi, aku banyak research kt http://www.seat61.com/Thailand.htm#.VXK351IYODk
Memang helpful, dia recommend agensi yang jual tiket yang boleh book secara online.
Secara general, ejen akan mark up dalam 200 bath/tiket. Dan 100 bath kalau hantar tike ke hotel kita. Kalau self collect di pejabat dia FOC.

Aku pilih option dia hantar ke hotel aku. Risiko dia adalah kalau tak sampai, dia tak tanggung pasal dia guna kurier. Aku tawakkal jelah, pasal malas nak pergi collect. Pasal dia kata, jarang2 sangat2 kes tiket hilang.


So aku akhirnya booking dengan 12Go Team (boleh terus booking di Seat61)/
Harga untuk 2nd Sleeper Coach adalah seperti berikut:


CHIANG MAI & CHIANG RAI
Mula,general idea adalah naik flite KLIA-BKK, then sambung train BKK-Chiang Mai dan naik bas Chiang Mai-Chiang Rai.

Tapi beberapa hari lagi nak pergi, aku tengok balik itenary, nampak banyak pula attractions yang kena ambik day tour di Chiang Mai dan Chiang Rai. Aku kalau boleh memang nak gamble pergi sendiri, lebih jimat dan adventure tapi bila fikirkan bawa budak-budak, memang leceh la nk bergerak macam tu.
Jadi timbul idea untuk sewa kereta. Reseach sikit, dapat tahu lawa kemain jalan dan view di Chiang Mai dan Chiang Rai sebab kawasan itu adalah kawasan pergunungan.
Sebenarnya, aku pernah sampai di sana masa Form 4. Disember 1999. Masa tu main ragbi dengan team Malaysia MSSM untuk tour game. Jadi kami pusing Thailand, dari Golok sampai Chiang Rai. Tapi sekarang aku pun dah lupa macam mana keadaan di sana pasal sekeping gambar pun tadak masa trip tu- sebab kena kencing dengan sorang team mate yang mungkir janji untuk hantar gambar sebab duit dah bayar, pastu kelammmm...cisss...

Jadi aku dapat kereta sewa Toyota Vios melalui Hertz Thailand (onlie booking, tapi bayar pakai credit card pada hari sampai) pada kadar RM260 untuk dua hari. Harga tu termasuk child car seat dan insuran. OK lah, aku yakin boleh dapat lagi murah, tapi pengalaman travel membuatkan aku selalu berfikir, kalau murah sangat mesti ada masalah, jadi aku buang pilihan-pilihan yang too good to be true.
Tapi, nokharom, sewa car seat budak saja dah RM60 untuk dua hari tu. Safety punya pasal, aku layankan jelah.
Untuk drive di sana, secara teknikalnya kita kena ada lesen memandu antarabangsa. Ala, macam sijil tu. Tapi kena pergi JPJ untuk buat dan kena bayar RM150 untuk setahun. Dia takde untuk 5 hari hehehe.
Tapi, realitinya, ramai je yang drive tak de lesen tu. In fact, kawan2 aku yang bawa masuk kereta ke sana pun takde lesen antarabangsa. Tak pernah kena tahan pun (setahu aku lah, ini bukan fakta, sekian)
Yang bestnya, company ni terima lesen Malaysia, asalkan ada bahasa Inggeris. Jadi, aku terus pergi pejabat pos dan renew lesen aku sebab lesen sekarang kan ada translation in English. Setel. Harapnya jangan kena saman lah.

INSURAN TRAVEL
Kalau masa muda remaja dulu (sekarang pun muda, cuma bukan remaja hehe), haram aku nak ambik tau pasal insuran ni.
Tapi sekarang travel dengan family maka terpaksa lah fikir panjang. Lagi pun, bayar tak mahal sangat, coverage nya tinggi juga.
yang penting bagi aku cover kemalanga dan penyakit kalau kena masuk hospital. Kalau tidak masalah juga tu.
Jadi aku ambil insuran AXA Smart Traveller. RM46 coveraga untuk lima orang family aku. OK lah kan. Online saja, terus siap. Senang.


PERALATAN - akan disambung dalam entry lain



Friday 16 December 2011

DAMAI DI BANDAR WARISAN: TAIPING

Artikel ini pernah diterbitkan di dalam sebuah akhbar Oktober lalu, selepas saya membawa keluarga bercuti di Taman Tasik Taiping ini, pada bulan sebelumnya.

Taman Tasik Taiping yang mendamaikan...
PUAS mencari destinasi percutian yang sesuai untuk kami suami isteri berehat sambil menggembirakan dua anak lelaki kembar berusia dua tahun, akhirnya Taman Tasik Taiping menjadi pilihan kerana menawarkan suasana unik dan menyegarkan.
  Tidak seperti tempat lain yang mungkin hanya memuaskan hati golongan dewasa, lokasi ini yang juga taman tasik tertua dan tercantik di Malaysia menyediakan tarikan tersendiri untuk kanak-kanak termasuk taman permainan yang banyak.
  Sebaik keputusan dicapai, misi seterusnya mencari penginapan sesuai supaya kunjungan tiga hari dua malam ke taman tasik yang menghamparkan pemandangan indah dengan elemen utama landskap pokok hujan-hujan berusia lebih 100 tahun yang unik itu tidak mengecewakan.
  Kamalodge yang terletak dalam Taman Tasik Taiping dituju kerana suasana damai sekitar chalet ini kelihatan seperti kawasan perumahan kecil di kaki Bukit Larut. Lebih menarik, Kamalodge dilengkapi kolam renang yang menempatkan set permainan gelungsur kanak-kanak, menjadikan keseluruhan kolam kelihatan seolah-olah taman tema mini.
  Ikuti kembara penulis dan keluarga ke bekas lombong bijih timah yang dibangunkan menjadi taman tasik pada 1880 itu, baru-baru ini.
 
* Hari pertama
1 tengah hari:
 Kami tiba di bandar Taiping yang mendapat nama daripada bahasa Hakka, bermaksud aman atau damai. Ia berpunca daripada persefahaman dua kongsi gelap yang bertelingkah merebut kawasan melombong suatu ketika dulu.
Empat jam menempuh perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan membuatkan perut berkeroncong, lalu kami singgah di Restoran Doli berhampiran Pusat Kesihatan Taiping untuk merasai kuew teow kerang dan nasi ayamnya yang terkenal.

3 petang:
  Memasuki perkarangan Kamalodge, kami terpesona melihat susunan chalet dibina seolah-olah perumahan elit dengan landskap menarik termasuk kolam renang serta sebatang pokok hujan-hujan besar memayungi bangunan lobi utama. Dengan kapasiti 20 bilik, tetamu yang menginap pada satu-satu masa terutama pada hari biasa tidak terlalu ramai, justeru Kamalodge sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan mahu menikmati kedamaian Taman Tasik Taiping. 





5 petang:
  Tidak mahu percutian hanya tertumpu pada Taman Tasik Taiping, kami ke pasar malam Pekan Kamunting bagi merasai suasana berbeza kehidupan bandar kecil yang nyata lebih tenang dan menyeronokkan.
Irsyad excited tengok barang-barang sama macam kat rumah
Dalam perjalanan pulang, singgah di gerai Kak Milah Sate di tepi jalan untuk mencuba sate hanya 30 sen sebatang. Rasanya tidak mengecewakan.

8 malam:
  Malas keluar kerana keletihan, kami menikmati makan malam menyelerakan di Kafe Orange di Kamalodge yang menyediakan masakan tempatan dan barat sambil merasai kedinginan udara malam kawasan paling lembab di Malaysia ini.
Kafe Orange ada menyediakan makanan tempatan dan barat ala carte. Harga ditawarkan tidak terlalu mahal, standard restoran biasa je.
* Hari kedua
8 pagi:
  Tidak mahu melepaskan peluang menikmati suasana pagi yang menjadi bualan pengunjung Taman Tasik Taiping, kami keluar berjalan kaki untuk menikmati sendiri udaranya yang dingin dan menyamankan. Dengan kabus masih bersisa, pemandangan deretan pokok hujan-hujan besar berusia lebih 100 tahun sangat menakjubkan, seolah-olah berada di alam fantasi.
  Suasana pagi juga dihidupkan penduduk tempatan, kebanyakannya warga emas yang bersenam dan berjoging di kawasan berkenaan.



10 pagi:
  Selepas bersarapan, pulang ke chalet sebelum terjun semula ke kolam renang untuk memuaskan hati anak-anak yang pantang melihat kolam.



1 tengah hari:
  Selepas mengisi perut di sebuah restoran di bandar Taiping, kami ke Zoo Taiping untuk memberi pengalaman baru kepada anak-anak yang baru mula mengenal dunia. Telatah mereka setiap kali melihat aksi pelbagai jenis haiwan di zoo yang turut menyediakan Safari Malam ini sangat menghiburkan.
  Letih berjalan, kami menaiki tren mini mengelilingi zoo yang antara lain mengisi haiwan seperti gajah, singa, cimpanzi, Orang Utan, buaya dan pelbagai spesis burung serta ular.
Zoo ni best, tapi tak dinasihatkan pergi waktu tengah hari sebab panas sangat.
 




 5 petang:
  Singgah di medan selera berhampiran Balai Bomba Taiping untuk mencuba Yong Tau Fu yang dikatakan sangat sedap. Memang betul pun, berbaloi-baloi.

8 malam:
  Seharian penuh dengan aktiviti membuatkan anak-anak tidur awal kerana keletihan. Penulis serta isteri mengambil kesempatan menikmati makan malam dengan tenang di Kafe Orange.

* Hari ketiga
9 pagi:
  Selepas bersarapan roti, kami menuju ke 'Burmese Pool' yang terletak kurang dua kilometer dari Kamalodge untuk mandi sungai. Gambaran awal daripada internet yang menyatakan ia hanyalah sebuah kolam kecil ternyata meleset kerana kolamnya agak besar.
  Malah, sebelum tiba di Burmese Pool, pengunjung turut mempunyai pilihan untuk mandi di anak sungai yang dijadikan kawasan perkelahan selesa termasuk dilengkapi tandas awam dan tempat meletak kenderaan.
 


1 tengah hari:
  Mendaftar keluar dari Kamalodge, sempat singgah di muzium pertama dan tertua di negara ini iaitu Muzium Perak yang terletak tidak jauh dari Taman Tasik Taiping. Muzium dibina pada 1883 dan siap sepenuhnya pada 1903 itu menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain gerabak kereta api lama dan pesawat pejuang pengebom F-86 Avon Sabre TUDM yang digunakan pada 1969.




2 petang:
  Bertolak pulang ke Seremban membawa bersama kenangan indah percutian tiga hari dua malam di Taman Tasik Taiping yang sangat berbaloi serta menyeronokkan.

INFO:

# Tarikan di Taman Tasik Taiping
  • Zoo Taiping
  • Bukit Larut (Maxwell Hill)
  • Burmese Pool
  • Perak Museum
  • Taiping Town 

# Kamalodge
Jenis bilik dan rate harga Kamalodge. (Taiping Golf Resort & Cendana hut di tempat lain)


Friday 2 December 2011

mummy ke LA

Jam 9.45 pagi tadi, kid (isteri aku, seorang entertainment journalist) bertolak ke Los Angeles untuk assignment: Sherlock Holmes: A Game Of Shadows International Press Junket... Press screening dan PC (press conference).
Irfan dan Irsyad kena tinggal lagi nampak gayanya, tapi tak lama empat hari je. Bulan lepas aku dah tinggalkan diorang hampir sebulan pegi kursus MPI- International Journalism Fellowship, tapi kt KL, Penang dan Belum (Belum Rainforest Resort @ Pulau Banding) jelah. Nasib baik ada ibu mertuaku yang sudi datang menemankan Kid and kids. TQ mama...
Petang semalam, masa Irsyad temankan aku keluar (Irfan tido) aku refresh balik ajar si Irsyad kira 123 dan terkejut aku dia dah pandai count sampai 7 hehehe... Jadi la, aku bukan papa yang suka compete dengan orang lain, so kepada sesiapa yang ada hati nak kata anak dia lagi pandai itu dan ini....silakan, tahniah aku ucapkan...tapi jangan mengharapkan aku pun akan cari lagi kelebihan anak sendiri... aku memang takkan layan lawan cakap yang semacam tu.... orang ada ayam kau pun ada ayam, tapi ayam ko telur emas...hahaha...takpe aku tak kisah... yang penting aku cuba memberi yang terbaik kepada anak-anak aku ok...hahaha

Thursday 1 December 2011

Mukadimah

Al-Tamis bermakna panglima.
Mohammad Irfan Altamis dan Mohammad Irsyad Altamis, kedua-dua panglima kembarku diberi nama, dengan masing-masing membawa maksud Panglima Yang Bijaksana dan Panglima Yang Berpanduan.
Nama itu diberi dengan harapan dan doa mereka kelak mempunyai kekuatan, semangat serta jati diri seorang panglima selayaknya.
Jadi, tidak lain dan tidak bukan, blog ini sebenarnya didedikasikan kepada kedua-dua panglima ini- menjadi makalah yang mencatatkan serba sedikit sejarah perjalanan kehidupan mereka (dan papa) dari kecil sehinggalah suatu waktu yang akan ditentukan Illahi.
Walaupun sudah lama aku ingin mewujudkan sebuah medium seperti ini, namun kekangan masa menyebabkan sering kali hasrat berkenaan ditangguhkan atau terbengkalai di tengah jalan, menyebabkan banyak saat-saat indah menyaksikan kedua-duanya membesar tidak tercatat di mana-mana, hanya di minda yang pastinya akan terlupa.
Justeru, harapan aku biarlah kali ini, usaha ini dapat diteruskan dan menjadi tabiat supaya segala pengalaman dan kisah hidup kami dalam meniti usia dapat dicoretkan di sini seterusnya menjadi lembaran yang dapat dibuka kembali di masa hadapan.

Untuk rekod, Irfan dan Irsyad kini berusia dua tahun lima bulan.